Urusetia Belia Dan Sukan

Urusetia Belia dan Sukan sebelum ini dikenali sebagai Urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan telah ditubuhkan pada 1 Januari 2005 dengan nama Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan. Setelah berlaku penstrukturan semula pada tahun 2008, ianya telah dipecahkan kepada dua agensi yang berbeza di bawah Exco yang berbeza dengan fungsi dan bidang tugas yang berbeza. Unit Pembangunan Wanita yang dipindahkan ke urusetia baru, telah digantikan dengan Unit Pembangunan Insan. Kekuatan kakitangan masih kekal pada tahap 25 orang. U-BeS terdiri daripada 6 unit utama dan 2 unit sokongan iaitu :-

  1. Unit Pembangunan Insan

  2. Unit Pembangunan Belia

  3. Unit Pembangunan Sukan

  4. Unit Pembangunan NGO

  5. Unit Pencegahan Gejala Sosial

  6. Unit Seranta

  7. Unit Multimedia dan Dokumentasi

  8. Unit Pentadbiran dan Kewangan

Selaras dengan perubahan ini, urusetia telah dijenamakan (rebranding) semula. Visi baru telah dibentuk dan yang menggambarkan portfolio serta persekitaran baru telah dirangka berdasarkan resolusi Kinabalu, Oktober 2009. Semuanya dibuat bagi memenuhi hasrat dan wawasan baru dalam konteks membangunkan insan, belia, sukan, NGO, pencegahan gejala sosial dan hubungan serantau.

#gift shop #landmark & historical place #ethnic grocery store #government organization
Urusetia Belia Dan Sukan