Artbox

Penerbit Karyaseni

#9,912 Facebook Messenger Global Rank

PENERBITAN KARYASENI SDN BHD. merupakan sebuah syarikat penerbitan novel yang ditubuhkan pada akhir 2010. Pemilik Penerbitan KARYASENI juga adalah pemilik laman sesawang penulisan2u. Bermula dari sebuah laman sesawang penulisan2u, kini kami bergerak selangkah ke hadapan dengan mewujudkan syarikat penerbitan KARYASENI.

Sebelum kewujudan KARYASENI kami menjalinkan kerjasama dengan beberapa penerbit novel tempatan, terutamanya dalam menyediakan manuskrip kepada penerbit dan juga menjalankan promosi. Pengalaman dan ilmu yang diperolehi sejak tahun 2006, kami gunakan untuk membangunkan sebuah penerbitan yang bergelar KARYASENI.

KARYASENI sebenarnya digabungkan melalui dua perkataan iaitu KARYA dan SENI. Nama yang sesuai untuk sebuah penerbitan yang menghasilkan karya-karya dari penulis novel. Seni dalam alunan corak penulisan memberi satu gambaran kepada sebuah gambaran cerita.

KARYASENI ditubuhkan bagi memeriahkan industri penulisan novel tanahair. Disamping dapat melahirkan penulis-penulis berbakat dan juga melahirkan karya yang mampu memberi impak positif kepada pembaca.

SALAM PERKENALAN dari warga KARYASENI, selamat membaca dan semoga terhibur.

Chat  on Messenger  on Messenger

Need a chatbot for your business?

Explore 862 ManyChat chatbot templates for Messenger on the Botmakers marketplace

Vote for Penerbit Karyaseni