Artbox

Color Blast Closet

N/A Facebook Messenger Global Rank

TENTANG SYARIKAT Color Blast Sdn Bhd telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada tahun 2016, bernombor pendaftaran (1172400-T). Merupakan sebuah syarikat pemilikan sepenuhnya oleh Bumiputera. Teras utama perniagaan Color Blast Closet adalah berasaskan tekstil khususnya buat golongan muslimah dewasa pencinta fesyen yang sentiasa mementingkan gaya. Perniagaan ini dijalankan menerusi jualan retail serta borong secara atas talian dan dalam talian.

Color Blast Closet telah ditubuhkan atas cetusan idea oleh Puan Sofia Adnan pada tahun 2012. Pada awal penubuhannya, beliau dan suami, Encik Hafiz Rahmattullah hanya menjalankan perniagaan secara dropship sahaja. Sehingga kini, perniagaan Color Blast Closet dilihat semakin berkembang dan menjadi salah satu pengeluar jenama fesyen yang sangat dikenali khususnya pakaian muslimah.

Konsep penubuhan Color Blast Closet adalah bertumpu kepada golongan wanita yang mahu bergaya ringkas namun dalam masa yang sama ingin untuk tampil anggun, sopan dan elegan dalam setiap penampilan mereka. Color Blast Closet amat menitikberatkan keselesaan di samping mengutamakan kesederhanaan dalam setiap rekaannya.

Sebagai pembekal pakaian muslimah dan menjadi perintis kepada penghasilan jubah bercetak pertama khususnya di Malaysia, jubah yang dihasilkan cukup sinonim dengan etika dan penjagaan aurat yang sempurna serta mematuhi syariah bersesuaian dengan adat dan agama Islam yang diamalkan oleh masyarakat dunia amnya.

Color Blast Closet turut mengeluarkan beberapa rekaan terkini seperti kurung moden dan peplum dengan variasi yang pelbagai. Sehingga kini, Color Blast Closet berjaya mengeluarkan hampir setiap hari rekaan terbaru dan terkini berikutan permintaan yang cukup tinggi dari pelanggan kami. Menawarkan harga mampu milik, rekaan yang dihasilkan terdiri daripada fabrik yang tidak mudah pecah, lembut, sejuk dan bersesuaian dengan iklim negara kita yang panas dan lembap.

Selain daripada itu, Color Blast Closet juga turut mengeluarkan shawl di bawah label Amani Hijab by Color Blast. Antara jenis shawl yang dihasilkan adalah Semi Instant Plain dan Printed Shawl 1 Muka, Instant Shawl, Instant Plain dan Printed Shawl 2 Muka. Fabrik adalah dari jenis chiffon dan hanya menghasilkan corak printed yang cukup cantik dan terbaru bagi menepati citarasa pelanggan setia kami.

Color Blast Closet sentiasa berusaha untuk memastikan semua pelanggan kami cukup berpuas hati dengan kualiti dan rasa berbaloi terhadap setiap nilai wang yang dibelanjakan.

Matlamat utama kami adalah untuk menjadi pengeluar pakaian muslimah Nombor 1 di Malaysia dengan mempromosikan dan menyediakan seleksi pakaian yang memenuhi kehendak syariat Islam agar menutup aurat dengan sempurna. Target utama Color Blast Closet bukan sahaja di dalam Malaysia, bahkan dapat mengembangkan lagi empayar perniagaan sehingga ke seluruh rantau Asia meliputi ke seluruh luar negara khasnya.

Sehingga kini, kami mempunyai lebih daripada 20 orang agen yang berdaftar di seluruh Malaysia dan Singapura. Kami turut membuka peluang perniagaan khusus kepada golongan usahawan Bumiputera yang memiliki butik dalam talian mahupun atas talian yang komited untuk bersama-sama kami memajukan perniagaan mereka ke satu tahap yang lebih tinggi.

VISI SYARIKAT Menjadi jenama utama pakaian Muslimah Asia.

MISI SYARIKAT

  1. Melopori pasaran dan membuka cawangan sekitar Malaysia, Singapura dan Brunei.
  2. Menjadi pengeluar utama pakaian Muslimah Malaysia dengan jualan purata minimum sebulan 20,000 pasang.
  3. Mewujudkan sistem francais.

TERAS SYARIKAT Menyediakan pakaian Muslimah versatail untuk ke semua lapisan masyarakat.

Chat  on Messenger  on Messenger

Need a chatbot for your business?

Explore ManyChat chatbot templates for Messenger on the Botmakers marketplace

Vote for Color Blast Closet