Aman Palestin
Pembentukan Negara Haram Israel pada 15 Mei, 1948 di bumi Palestin 66 tahun lalu telah mengundang malapetaka besar di mana dunia mulai menyaksikan kekejaman rejim Zionis memalui pertempuran demi pertempuran yang mengakibatkan beribu-ribu warganegaranya gugur syahid, jutaan pelarian yang meninggalkan tanahairnya sendiri berhadapan masalah pengangguran dan cacat anggota. Tidak kurang juga anak-anak menjadi yatim kerana kehilangan ibubapa dan isteri menjadi janda kerana kehilangan suami yang terkorban mempertahankan Palestin dari terus dijajah dan dicabuli.
Penderitaan dan kesengsaraan berpanjangan yang ditanggung rakyat Palestin menjadi satu keinsafan bagi umat Islam menghulurkan bantuan.
Justeru itu, Aman Palestin sebagai Inisiatif Keamanan Palestin bergerak atas tiga landasan iaitu: Kemanusiaan Persaudaraan Kesucian Baitul Maqdis
Aman Palestin memberi bantuan kecemasan, kebajikan dan kemanusiaan kepada rakyat Palestin secara berterusan sehingga selesai.
Need a chatbot for your business?
Explore 3 Public Figure chatbot templates for Messenger on the Botmakers marketplace